“Tahun 2018 saya resign dari jawatan saya. Walaupun saya tahu saya kena bayar denda sebanyak RM 250,000. Tapi saya memang tekad untuk teruskan bisnes.”

Ini kisah Dr. Nur Saidah Md Said. Beliau nak share kisah sepanjang berbisnes. Dr.Saidah merupakan stockist leader Shaklee.


Sebelum mulakan bisnes, Dr. Saidah bekerja dengan kerajaan sebagai doktor peubatan. Masa itu beliau mula libatkan diri dalam bisnes dropship. Macam-macam dropship beliau cuba.

Minat Dr. Saidah makin bertambah untuk berbisnes. Beliau mula libatkan diri dalam bisnes MLM Shaklee pada tahun 2015. Pada tahun 2018 beliau ambil keputusan untuk letak jawatan.

Sebelum ini Dr. Saidah tahu beliau tak boleh buat bisnes sebab terikat dengan kerajaan.

“Masa itu saya masih bonded dengan JPA. Saya terikat selama 10 tahun. Tapi masa itu saya fikir memang kerja doktor itu kerjaya yang suci. Tapi saya rasa memang dah tekad untuk buat bisnes.”

Dr. Saidah tahu beliau kena bayar balik denda RM 250,000 tapi beliau tetap teruskan juga. 

Tak lama lepas itu Dr. Saidah gunakan income Shaklee untuk buka sebuah klinik.

Jadi sekarang beliau ada dua bisnes klinik dan Shaklee. Cabaran beliau masa mula berbisnes Shaklee ialah prasangka orang lain. Beliau dapat banyak negative feedback daripada orang sekeliling.

Time management bagi Dr. Saidah paling mencabar. Beliau sekarang terkejar-kejar untuk urus klinik, bisnes dan keluarga.