“Masa itu sebab bajet memang cukup makan, saya tidur dekat dalam stor office. Awal berbisnes memang the struggle is real.”
Tuan Kahar atau Abdul Kahar Bin Abdul Hamid ialah pemilik bisnes Must Read Sdn Bhd.
Sebelum beliau ceburi bidang bisnes, Tuan Kahar ialah seorang jurutera. Beliau merupakan lepasan Kejuruteraan Awam di Universiti Malaya.
Beliau pernah terlibat dalam bidang pembinaan dan berkhidmat selama 10 tahun. Tuan Kahar juga pernah diberi peluang untuk kerja di Libya.
“Sebelum ni mak ada cakap yang bidang pembinaan ni ada isu-isu yang akan buat kita tak selesa. Jadi saya ambil keputusan untuk buat bisnes kedai buku.”
Masa mula-mula Tuan Kahar nak buat bisnes buku, beliau dapat tentangan hebat dari orang sekeliling.
Masa itu ramai yang tak nampak jaminan sama ada perniagaan buku menguntungkan.
Tapi Tuan Kahar teruskan juga pada tahun 2008 beliau ada di Johor. Kemudian ambil keputusan untuk stay di Kuala Lumpur.
Masa itu Tuan Kahar terpaksa tidur di dalam stor office sebab bajet masa itu cukup makan sahaja. Awalnya agak sukar untuk buat bisnes.