“Dulu masa Kak Eina join FunnelEvo, duit tak ada, sales kosong, nak bayar sewa butik dan gaji pekerja terpaksa habiskan duit simpanan sendiri…”

Inilah kisah seorang student Elite Circle saya, Kak Eina. Ingat lagi masa first time Kak Eina masuk Elite Circle, bisnes drop gila-gila bukan setakat sales tak ada, bisnes rugi sampai kena keluarkan duit sendiri nak bayar kos overhead, nak bayar gaji pekerja lagi sampai suami bagi tempoh kalau rugi lagi terpaksa tutup bisnes.

Kak Eina rasa bersyukur sangat dapat join FunnelEvo sebab Kak Eina rasa inilah platform yang terbaik yang pernah Kak Eina jumpa. Masa mula-mula join FunnelEvo Kak Eina rasa inilah jalan yang Allah nak tunjukkan dan kirimkan Tuan Fahdi dekat Kak Eina.

Masa join Funnel Hacker, Kak Eina memang tak ada duit. Tapi Kak Eina yakin kalau Kak Eina tak join dan belajar ilmu baru memang bisnes Kak Eina akan terkubur selamanya. Tapi Kak Eina memang nak berjaya untuk membantu anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang sangat susah dengan rezeki bisnes ini.

Itulah salah satu “Big Why” Kak Eina kerana Kak Eina sendiri ANAK YATIM! Kak Eina pernah dihina, dan dicaci kerana hidup sebagai anak yatim. Sebab tu Kak Eina nak bantu sangat anak-anak yatim ni sebab Kak Eina taknak mereka ni dihina sama macam Kak Eina.

BISNES TERPAKSA DIKUBURKAN WALAUPUN SALES DAH CECAH RM170K!

Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Bila Allah kata tak, buat la macam mana pun tetap tak jadi.

Selepas Kak Eina join Elite Circle FunnelEvo, saya tolong structurekan balik strategi bisnes Kak Eina.

Alhamdulillah.. Daripada sales negatif RM5000 sebulan, bulan pertama je sales dah cecah RM70K dan terus naik sampai bulan ke-3 RM170K.

Tapi malangnya, Kak Eina terpaksa tutup butik beliau diatas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Saya bagitahu.. “Kak Eina, buka bisnes baru”.

Nak cakap susah memang susah.. bisnes dah start naik tapi terpaksa tutup. Bukan sebab kena bayar hutang ke apa, tapi demi kebaikan diri Kak Eina.

APA RAHSIA YANG KAK EINA AMALKAN DARIPADA SALES NEGATIF KEPADA 8 ANGKA SEBULAN!

Alhamdulillah, Kak Eina berjumpa dengan mentor yang tepat yang ajar step by step untuk bina semula bisnes Kak Eina dari ZERO. Kak Eina terpaksa tutup butik kerana masalah yang tak dapat dielakkan dan start dari zero dengan perniagaan OEM.

Dari ilmu teknikal digital marketing, strategi bisnes, hinggalah teknik dan strategi jualan serta bagaimana nak cari ejen dan bina legasi ejen. COMPLETE! Syukur!

Tapi, ada satu lagi yang Kak Eina amalkan start daripada join Elite Circle FunnelEvo. Alhamdulillah sehingga ke hari ini Kak Eina dah WAJIB kan diri Kak Eina untuk buat setiap hari tanpa tertinggal satu pun.

Rahsia rezeki yang Kak Eina amalkan adalah dengan mulakan hari Kak Eina setiap jam 5.00 pagi, Kak Eina akan bangun dan solat Tahajjud. Kenapa Tahajjud?

Bila bercakap perihal rezeki, yang memberi rezeki itu Allah. Bukan Mak ayah yang bagi, buka cikgu-cikgu yang bagi, bukan adik-beradik yang bagi… yang bagi hanyalah Allah sahaja.

Sebab tu kita minta sesuatu dengan Allah kena jelas. Kita bisnes nak apa? Nak bantu siapa? Nak rezeki yang macam mana? Minta je dengan Allah dan paling penting, setiap kali minta kena BELIEVE yang Allah akan bagi.

Alhamdulillah, sehingga hari ini.. itu lah yang menjadi amalan Kak Eina setiap pagi. Bukan rezeki semata-mata atau bahagia je yang dapat, dua-dua Kak Eina dapat sebab Kak Eina berani untuk ber Evolusi.

KESIMPULAN

Apa sahaja yang kita buat, destinasi yang kita nak tuju itu hak kita. Tapi rezeki yang Allah nak bagi itu adalah hak Allah. Kita usaha, orang lain juga usaha. 

Tapi ada orang, rezeki dia Allah bagi lebih. Ada orang rezeki dia tak setimpal dengan apa yang dia lakukan. 

Jadi, nak kaya dan bahagia ni apa yang perlu kita buat adalah reflect balik diri kita yang lepas. Kalau kita buat something yang baik, akan datang pun akan jadi baik. Kalau buruk, buruk la yang akan datang. Sebab apa yang kita  buat sekarang adalah persiapan untuk kita akan datang.

Belajar sesuatu daripada kisah Kak Eina? Kalau ya, In sha Allah saya akan share banyak lagi dengan anda untuk Evolusi sama macam Kak Eina. Kalau nak.. boleh KLIK DISINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *