Bayangkan usaha kita bangunkan sebuah bisnes yang berjaya, tapi akhirnya tidak dapat diteruskan disebabkan PKP.

Ya, itu kisah Puan Saira Yusuff yang sebelum ini menjalankan bisnes restoran catering dan dewan kahwin.

Semasa Perintah Gerakan Kawalan (PKP), bisnes catering & dewan kahwin beliau tidak dapat diteruskan.

“Masa itu kerugian yang bisnes saya tanggung ialah sebanyak RM500,000 dan kebetulan ada amanah hutang juga sebanyak RM 500,000”

Jumlah tersebut ialah sebanyak RM 1 juta.

Beliau buntu sangat pada masa itu.

Nilai sentimental yang ada pada bisnes tersebut buatkan beliau rasa sedih. Di perniagaan itulah, beliau dan suami berkenalan sehingga berkahwin.

“Tapi memang kehendak Allah kan jadi bisnes itu tak dapat diteruskan,” begitulah redhanya Pn Saira terhadap ujian tersebut.

Untuk mengatasi permasalahan hutang dan juga cabaran perniagaan yang terpaksa dihentikan, Puan Saira dan suami mula mencari diri. Akhirnya mereka cuba buat sesuatu iaitu bertahajjud.

“Tak pernah-pernah bertahajjud kan, MasyaAllah,” kata Pn Saira.

 

Beliau dan suami buat tahajjud sampai satu tahap mereka berdua ajak orang lain yang terdekat seperti kawan-kawan.

Kawan-kawan ini dikumpulkan dalam 1 whatsapp group. Pn Saira dan suami gerakkan sahabat-sahabat dalam whatsapp group untuk bertahajud.

Beliau rasa ada satu tanggungjawab untuk beliau ajak mereka bertahajjud.

Daripada 1 whatsapp group, ianya mula berkembang kepada beberapa group, melalui ‘word of mouth’.

Kemudian berkembang sehingga tertubuhnya Facebook Group “Geng Tahajud 5 Pagi.”

geng tahajud 5 pagi

 

Sekarang group itu sudah memiliki seramai 110,300 ahli.

Dari situ beliau mula buat sharing live di FB.

“Saya buat live di FB memang tak putus-putus setiap hari saya nak share sesuatu dan bagi manfaat pada orang lain.”

Sampailah orang tertanya-tanya apa amalan beliau selepas Subuh?

Dari situ, tercetuslah idea nak buat buku 100 Days Challange Checklist Amalan.