“Nak dapat trust orang paling mencabar sebab bisnes saya ni jarang orang kita dengar. Nak buat sales memang susah.”

Ini kisah Tuan Mohammad Ariff Ashaari. Beliau ialah perunding simpanan emas di Public Gold. Tuan Ariff nak share kisah sepanjang berbisnes.

Sebelum terjebak dalam bisnes emas, beliau kerja dengan sebuah syarikat GLC. Masa itu dah kerja bagus.

Semasa kerja di situ beliau dapat peluang handle kilang di Indonesia. Sembilan tahun beliau menguruskan kilang tersebut. 

Tuan Ariff rasa bila banyak perubahan berlaku dalam management company. Beliau rasa ada beberapa perkara management mahukan itu tak boleh nak dibuat.

Saya rasa kalau teruskan juga nanti tak dapat adapt dengan perubahan. Kita tak nak bergantung semata dengan satu punca pendapatan.”

Tuan Ariff ambil keputusan untuk mulakan bisnes sebagai freelancer di Public Gold. Kerja beliau ialah untuk guide orang yang mahu buat simpanan emas.