Dulu Bisnes Kek Nak Dapat Sales Pun Susah. Sekarang Mampu Buat Sales RM 20,000 Sebulan. » FahdiGhazali.com

Dulu Bisnes Kek Nak Dapat Sales Pun Susah. Sekarang Mampu Buat Sales RM 20,000 Sebulan.

Dulu Bisnes Kek Nak Dapat Sales Pun Susah. Sekarang Mampu Buat Sales RM 20,000 Sebulan.

“Mula-mula bisnes, modal memang cukup makan sahaja. Lepas bayar kos overhead, peralatan dan macam-macam lagi duit tak tahu pergi mana.”

Ini kisah pemilik dan juga founder Sedap Cakes iaitu Puan Zarina Junet.

Sebelum terlibat sepenuhnya dalam bisnes Sedap Cakes. Suami beliau yang handle bisnes secara fulltime.

Masa itu Puan Zarina bekerja di sektor kerajaan. Mereka berdua masing-masing kurang ilmu dalam bisnes.

Puan Zarina ambil keputusan untuk bersara awal pada tahun 2020 atas sebab faktor kesihatan. Bila dah bersara beliau mula fokus pada bisnes sepenuh masa.

Awal berbisnes cabaran beliau ialah dari segi ilmu dan juga modal. Masa itu pula tak ada guidance untuk berbisnes. Tapi beliau teruskan sebab minat.