Ramai orang beranggapan, apabila buat marketing akan boleh buat sales. Betul ke tanggapan itu?
Apa yang berlaku, ramai yang belajar marketing terutama sekali facebook ads (fb ads), paling tidak pun sekurang-kurangnya tahu asas fb ads sudah merasakan ilmu itu cukup power.
Tetapi masalahnya sekarang ialah ramai yang berhadapan dengan masalah, sudah buat marketing tetapi tidak bertukar kepada sales. Sales susah nak dapat? Sebab apa?
Ini adalah kesilapan pertama majoriti orang bisnes kena fikir. Untuk pengetahuan anda, antara marketing dan juga sales, wujudnya satu gap yang cukup besar. Namanya DATABASE!
KENAPA PERLU BINA DATABASE HARI INI?
Ramai orang tersalah anggap, database ini adalah seperti LIKE marketing di fb. Follower FB yang beratus ribu itu dikatakan database. Ada juga berpendapat;
“Saya ada nombor fon. Banyak gila nombor fon”.
“Saya ada email. Semua pelanggan saya collect email”.
Mereka ingat itu database mereka. Anda pun mesti fikir begitu? Bila bercakap tentang database, it’s not about how big your database? It’s not about what types your database. Database yang anda ada, bukan soal email. Bukan soal nombor telefon. Bukan soal fb messenger. Semua itu bukan.
Apa kuasa database ini sebenarnya? Semuanya adalah bagaimana anda berhubung dan bina hubungan (build relationship) dengan database yang anda ada.
Itu adalah sebab yang paling-paling penting bila ada database. Ramai orang yang ada database, mereka tidak build connection. Tidak build relationship dengan database. Database tidak akan bermakna melainkan anda BINA HUBUNGAN!
MACAM MANA NAK BINA HUBUNGAN DENGAN DATABASE SECARA AUTOMATIK?
Ya, bukannya berapa banyak database yang anda ada. Tetapi bagaimana anda guna dan urus database tersebut. How you build your relationship with your database? Berikut adalah dua sistem yang saya gunakan dan sangat-sangat perlu untuk membantu bisnes anda.
1. AUTORESPONDER – EMAIL MARKETING
Apabila bicara soal email marketing, email database yang anda dapat, adakah disimpan di dalam sistem? Anda boleh simpan dalam sistem namanya autoresponder. Email autoresponder inilah yang akan memudahkan urusan membina hubungan, follow up dan menghasilkan jualan secara automatik!
Macam mana nak buat autoresponder ini? Bagi memudahkan anda, saya cadangkan beberapa email autoresponder seperti di bawah ini. Klik setiap gambar terus ke website autoresponder.
Dari kedua-dua email autoresponder di atas, anda kena cari satu autoresponder yang boleh bantu anda blast email secara automatik setiap hari. Perlu diingat, perkara paling penting kena buat dalam masa lima hari pertama adalah buat email marketing. Minimum hantar email berbentuk content kepada mereka setiap 5 hari pertama bermula mereka engage dengan anda.
2. MANYCHAT SYSTEM – MESSENGER
Lima hari pertama itu sangat crucial apabila anda dapatkan database. Kaedah (method) yang sama juga jika ada menggunakan messenger pun kena build relation without fail. Kena sentiasa hantar content menggunakan messenger. Macam mana hantar mesej dalam masa lima hari tu? Sebab itu kena gunakan Automated system.
Saya cadangkan anda gunakan sistem manychat. Sebab apa? Sebab sistem ini free of charge. Tidak berbayar. Tetapi sekiranya anda hendak upgrade fungsi boleh gunakan pro version. Tetapi untuk permulaan bagi pemula (beginner), gunakan yang basic dahulu seperti gambar di bawah. FOC.
Kelebihan bila anda gunakan manychat, anda boleh integratedkan dengan autoresponder. Macam mana caranya? Mudah sahaja. Apabila orang PM (Personal Messenger) anda, anda boleh set automatik tanya mereka, contoh;
“Terima kasih anda hubungi kami. Oleh itu kami ada hadiah nak beri kepada anda. Untuk dapatkan hadiah ini, boleh tak anda berikan email anda?”
Bila mereka balas dengan menulis email address, secara automatik database akan terus masuk ke dalam sistem autoresponder, kemudian autoresponder secara automatik akan hantar email kepada customer kita. Mudahkan?
Dapat sesuatu hari ini? Moga bermanfaat!
KESIMPULAN
Jika anda tidak memulakan langkah pertama dengan lebih serius dan berstrategi anda mungkin tidak mampu untuk membina panduan untuk meneruskan langkah lebih mencabar pada masa akan datang. Dalam dunia bisnes, marketing bukanlah segalanya. Adakah semata-mata kerana cara “marketing” kita, orang akan terbuka hati hendak beli barang kita? Siapa yang menggerakkan hati mereka untuk membeli? Semuanya ada kaitan hubungan dengan Allah. Allah pemilik sebenar hati manusia. Biarpun sahaja dakwah Nabi mendapat pertolongan dari Allah, siapalah kita jika tiada usaha untuk mencari ilmu dari sang guru.
Nak belajar lebih details lagi pelan strategi pemasaran KUASA DATABASE? Klik link ini
Terima kasih, saya amat obses dengan pemasaran emel.