Setiap kali musim perayaan, pelanggan ‘terpaksa’ untuk membeli barang-barang yang menjadi keperluan mereka sendiri atau keluarga mereka. Contohnya, nak atau tidak mereka ‘terpaksa’ membeli biskut raya yang perlu dibawa pulang ke kampung walaupun mereka sendiri tak suka pada biskut tersebut.
Karpet-karpet di rumah juga perlu dihantar ke dobi untuk dibersihkan bila tiba musim perayaan. Ada banyak peluang yang terbuka untuk anda letupkan jualan pada bulan puasa.
Ada beberapa cara untuk letupkan jualan pada bulan puasa. Antaranya adalah, anda perlu menjual produk laku keras, strategi marketing yang sesuai dan menghantar kad hari raya kepada senarai database pelanggan anda.
STRATEGI LETUPKAN SALE SEMASA PUASA & RAYA
LIKE, KOMEN, SHARE & TAG KAWAN-KAWAN!
Posted by Fahdi Ghazali on 16hb Mei 2017
#Tips 1 – Jual produk laku keras
- Kebanyakan pelanggan sudah bersedia untuk membeli pada bulan puasa dengan syarat produk tersebut adalah produk laku keras pada bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
- Elakkan dari menjual produk yang anda rasa mungkin ada yang akan beli atau mungkin tidak.
- Fokus pelanggan pada bulan Ramadhan dan Aidilfitri adalah barang yang boleh membantu mereka untuk bersahur, berbuka dan berhari raya.
- Antara produk laku keras yang anda boleh jual pada bulan Ramadhan adalah
- Pakaian
- Baju Kurung
- Baju Melayu
- Jubah
- Tudung
- Makanan
- Serunding Daging
- Kuih-muih
- Biskut
- Kecantikan dan Kesihatan
- Alat Mekap
- Aksesori Rumah
- Perabot
- Alas Meja
- Pakaian
#Tips 2 – Strategi Marketing
-
Buat teaser di Facebook
- Anda perlu hebahkan bahawa anda akan membuat jualan lebih awal
- Letakkan tawaran yang boleh menarik perhatian pelanggan anda
- Untuk sebarkan teaser anda dengan lebih meluas, anda perlu iklankan teaser anda itu menggunakan Facebook Ads
- Contoh teaser: Anda perlu hebahkan kepada pelanggan anda supaya mereka bersiap sedia untuk membeli selepas anda melakukan jualan. Sediakan maklumat ringkas mengenai jualan dan promosi yang anda akan lakukan.
-
Kumpul database
- Pastikan pelanggan anda komen pada post teaser anda.
- Bila pelanggan anda komen, anda perlu menghantar mesej menggunakan Facebook Messenger untuk meminta nombor telefon pelanggan anda sebagai database anda.
-
Sediakan content yang berkualiti
- Anda perlu menjaga hubungan antara bisnes anda dan pelanggan anda.
- Semakin kerap anda berinteraksi dengan pelanggan anda, mereka akan rasa lebih dihargai.
- Sediakan content seperti ‘Tips Ramadhan’ atau ‘Tips Menjadi Muslim Yang Berjaya Dunia Akhirat. Dan kongsikan kepada senarai database anda.
- Content ini anda boleh kongsikan dengan menggunakan pelbagai cara. Contohnya:
- SMS
- Blog
- Fanpage
#Tips 3 – Hantar kad ‘Selamat Hari Raya’
- Pada hari ini, menerima kad hari raya adalah sangat rare (jarang). Jadi, anda boleh gunakan kelainan ini sebagai salah satu cara untuk anda letupkan jualan anda pada bulan Ramadhan.
- Kumpul database yang anda ada dan hantarkan kad raya beserta dengan katalog atau brochure produk anda.
- Pelanggan anda akan lebih mudah untuk jatuh cinta dengan bisnes anda bila mereka dihargai walaupun dengan hanya menerima satu kad raya yang simple.
- Bila mereka sudah jatuh cinta dengan bisnes anda, mereka inilah yang akan menjadi pelanggan setia anda.
Kesimpulan
Didalam dunia perniagaan ini, anda harus bijak mencari peluang. Gunakan peluang yang terbuka untuk anda naikkan jualan produk atau servis anda. Sekarang adalah musim berpuasa dan perayaan, ini akan menjadi satu kelebihan untuk anda meningkat jualan produk dan servis anda.
Jangan risau, berniaga juga adalah satu ibadah jadi, tidak menjadi kesalahan untuk anda merebut peluang ini. Jika anda tidak mempunyai semangat persaingan yang kuat, agak mustahil untuk anda mengharungi cabaran dunia perniagaan dengan mudah.
Kebiasaanya, ramai usahawan-usahawan muda apabila ditimpa sesuatu masalah mereka mudah mengalah disebabkan mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.
*Untuk dapatkan isi yang lebih padat, anda boleh tengok video yang saya dah post di bahagian atas*