21) Giving mindset 

Mindset untuk memberi dan bukan menerima. Sebab mindset memberi ni sangat powerful. Contoh, konsep sedekah. Kita memberi terlebih dulu sebelum menerima. Dan sedekah ini bukan dari segi duit sahaja, tapi segala jenis kebaikan juga dikira sebagai sedekah. Pernah dengar tak perkataan ni;

‘Living is by giving’.

Jika kita ubah kepada giving mindset, automatik rezeki pun akan berubah. Sebab janji Allah, bagi dulu baru dapat. Jadi, jadikan Allah sebagai partner, In sha Allah something miracle akan berlaku kepada bisnes anda.

 

22) Fokus kepada step kecil

Keep it simple. Mengejar impian besar tu penting, tapi nak capai yang besar tu kena ada yang kecil. Jangan terlalu over nak capai yang besar sehingga apa pun tak jalan. Boleh faham ke? 

Sebab titik fokus anda  nak mencapai impian besar tu bermula dengan step kecil. Melangkah tak perlu besar sangat, buat sikit-sikit, lama-lama in sha Allah akan sampai. 

Dan dalam bisnes ni, sebenarnya anda perlu tahu corak bisnes anda bergerak ni macam mana. Barulah anda lebih jelas dengan setiap tindakan yang anda buat.

 

23) Jelas apa yang nak dicapai setiap hari.

Pernah tak anda tak tahu nak bagi arahan kepada staff dan jadi blur secara tiba-tiba? 

Terutamanya jika ada di kalangan anda yang berasa selesa dengan apa yang dia ada. Bagi dia, dia sudah pun berada di comfort zon walhal dia tak sedar apa yang tengah berlaku pada bisnes dia. 

Jadi, macam mana kita nak elakkan benda macam ni tak terjadi dalam bisnes kita? Jawapannya, buat jadual harian. 

Founder yang bagus, dia akan plan bisnes dan bukannya bagi alasan dia tak cukup masa. Sebab kita semua diberikan masa yang sama iaitu 24 jam. Jadi, manage masa sebaiknya.

 

24) Anda jenis yang cergas, energetic atau yang lembik? 

Mana satu karakter yang anda rasa menjadi ikutan yang baik untuk company anda? 

Contohnya, jika anda seorang pekerja, anda akan pilih boss yang cergas atau lembik? 

Mestilah nak yang cergas kan? Baru seronok nak buat kerja.

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah, ambil masa melakukan exercise ringan untuk dapatkan semangat yang cergas dan kuat. 

 

25) Fokus dengan apa yang nak dibuat

Founder yang baik dan bagus, dia jelas dan fokus dengan matlamatnya. 

F – Forget
O – Other
C – Commitment
U – Until
S – Success

Jangan layankan sangat ‘blink-blink syndrome’ tu. Maksudnya, terlalu banyak idea atau peluang yang nampak, semua nak buat dalam satu masa.

Bukan tak boleh buat bisnes lain. Tapi selesaikan satu per satu. Dah berjaya buat bisnes yang pertama, hire seorang CEO untuk uruskan. Then buat bisnes baru pula.

 

26) Jangan mudah sentap / tak boleh terima kritikan

Ciri-ciri founder yang terbaik dan luar biasa adalah yang suka dengan rejection. Sebab dia kata, bila satu kritikan yang datang, kejayaan akan semakin menghampirinya. 

Bila kita sendiri tak boleh nak terima kritikan, macam mana nak bina company yang ada team dan staff yang besar… 

Jadi, jadikan kritikan itu sebagai salah satu cara untuk menaikkan bisnes anda. 

 

27) Turunkan ego

Founder ni bukan bermaksud semua perkara bisnes anda tahu. Jika tak tahu, belajar turunkan ego untuk bertanya dan belajar. 

Kebanyakan Founder, punca utama kenapa mereka susah nak success adalah ego. Bila ego yang menguasai diri, tu ramai yang jadi Founder not found! 

Sebab ilmu tak ada, yang ada hanyalah ego yang menjatuhkan bisnes. Jadi, belajar turunkan ego.

 

28) Meraikan kejayaan

Bila mana ada orang yang masih berfikir nak buat tapi tak buat apa-apa, anda dah pun mulakan sesuatu. Itulah kejayaan anda dan setiap kejayaan yang anda dapat tu, raikannya.

Lama-lama nanti In sha Allah anda akan achieve kejayaan besar yang anda nak capai. Dengan izin Allah. 

 

29) Terima kritikan

Bila ada orang tegur kata “jangan buat”, anda kena terima dengan berlapang dada. Cakap, Alhamdulillah. 

Sebab bila ada orang kritik kita, itu bermakna kita kena improve jadi lagi bagus daripada sebelum ini. 

 

30) Berterima kasih

Untuk menjadi founder yang baik, hebat dan luar biasa, anda haruslah berterima kasih dengan semua orang termasuklah anak buah, staff atau team.

Sebab punca kejayaan satu bisnes bukan disebabkan kita semata-mata, tapi munkgin daripada usaha team kita juga. 

Jadi, inilah 30 tips yang anda boleh belajar bagaimana untuk menjadi founder yang baik, hebat dan luar biasa. 

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *