Ramai nak jadi Founder bisnes yang berjaya kan? Jadi, dekat bawah  ni saya nak tunjukkan Rahsia macam mana anda boleh jadi Founder yang berjaya.

 

1) Go Getter

Go Getter ni adalah sejenis manusia yang sentiasa menarik rezeki dengan setiap apa yang dibuat melalui perniagaan. Dia akan buat sungguh-sungguh sampai jadi dan dia tak berhenti di tengah jalan. Then hiraukan apa je yang orang lain kata ‘tak boleh’ tapi pada dia ‘semuanya boleh!’.  

Inilah orang yang nak success dalam kehidupan dia. In shaa Allah. 

 

2) Challenge diri sendiri untuk menjadi lebih baik

Masalah orang sekarang ni adalah mereka tak nak challenge diri sendiri. Dia nak jadi biasa-biasa je dan bukannya jadi luar biasa. Bisnesnya kalau boleh setakat tu je, redha je setakat mana rezeki yang Allah bagi dan bukannya nak usaha lebih. 

Mindset macam ni boleh jadikan anda tak nak challenge dengan diri sendiri dan lama kelamaan akan menjadi seorang yang pemalas. 

 

3) Cinta kepada apa yang anda lakukan

Dalam dunia bisnes ni jika anda nak success, anda kena cinta dengan apa yang anda buat sekarang. If anda tak cinta dengan bisnes anda sekarang, anda tak akan rasa nak kembangkan bisnes yang anda ada sekarang. 

 

4) Berani ambil risiko

Apa yang akan berlaku kepada founder atau owner bisnes ni? Contohnya, tak ada duit, perlu ke risiko kepada cari duit? 

Cari duit ni ada beberapa cara, yang pertama anda buat jualan dan dapat dan anda pusing modal sampai modal jadi besar. Lepas tu, nak cari untung, staff, barang dan ini merupakan risiko yang minimum yang anda boleh gunakan sebagai usahawan. 

Cara yang kedua, pinjam dari bank. Dia sanggup ambil risiko atau maybe pinjam daripada orang lain. Makin besar pinjaman semakin besar risikonya. Jadi tindakan juga akan jadi makin besar. 

Cara yang ketiga, anda cari bisnes partner yang boleh dipercayai. Ini juga risiko kerana anda menghadirkan orang kedua dalam bisnes anda. Tapi dalam masa yang sama dia juga boleh menjadi kepentingan untuk company anda. Risiko ni anda boleh manage sendiri. 

 

5) Percaya diri

Ini sangat-sangat penting untuk seorang founder dalam mengembangkan perniagaan mereka. Belajar dengan dependant dengan diri sendiri dan percaya dengan diri sendiri untuk ‘in growing your business.’ 

Vibration anda sebagai seorang founder sangat penting bilamana anda ‘trust yourself’, anda akan dapat capai apa yang anda inginkan. 

 

6) Control ketakutan anda 

Anda kena belajar macam mana nak control ketakutan anda dalam membuat keputusan. Ketakutan ni ada based nya, contohnya anda takut pekerja-pekerja menipu majikan, tapi ada juga kawan-kawan menipu bisnes partner sesama sendiri. 

Cara nak robohkan ketakutan ni anda kena cari keberanian dengan merobohkan ketakutan yang anda lihat di sosial media mahupun drama di televisyen. 

 

7) Visual kan kejayaan anda 

Anda boleh bayangkan atau visualkan kejayaan bisnes anda sebelum bisnes tu sampai kepada anda. Ambil masa dan visualkan apa yang anda inginkan dan bayangkan apa yang akan terjadi dalam company anda. 

 

8) Hire a great partners & team 

Jangan terlalu berkira untuk hire orang yang lebih baik daripada anda. Anda keluarkan duit / amount untuk ‘hire the best of the best’. Cari orang yang terbaik dalam dunia ni, untuk bersama dengan anda. 

Contohnya, orang yang level biasa maybe gajinya RM1,000 lebih tapi bila dah naik pangkat gajinya akan menjadi lebih meningkat. 

So, anda mesti willingly untuk bayar dengan lebih mahal kepada staff tersebut. 

Invest lebih untuk team yang akan menggerakkan bisnes anda dengan lebih maju ke hadapan. 

 

9) Bertindak 

Jangan berfikir banyak tapi bertindak banyak, maksudnya buat dan buat sampai dapat. 

 

10) Belajar daripada guru yang terbaik 

Pilih dan belajar daripada guru yang terbaik yang ada di dalam negara atau komuniti anda. Barulah anda akan menjadi lebih baik dan terbaik. Ilmu yang anda belajar itu mungkin adalah perfect dari apa yang anda belajar daripada guru yang boleh membina mindset anda.  

 

Belajar daripada the best of the best. Jika inginkan company anda sampai ke level international, pastikan anda ada plan yang boleh menjaminkan level company anda sampai ke tahap tu. In shaa Allah, dengan izin Allah. 

Jadi, itu sahaja sesi perkongsian hari ini dengan 10 rahsia yang saya nak share dengan anda dan saya akan sambung di bahagian yang kedua dan ketiga. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua, untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah.

Btw, jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, boleh join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *