
Apakah itu Pareto Law?
Bagaimana prinsip Pareto Law boleh membantu anda dalam kehidupan?
Sebelum itu, saya dapati satu perkara iaitu kita nak capai apa yang kita nak capai, di pertengahan jalan pasti akan ada banyak masalah yang menyebabkan kita menjadi hilang arah dan fokus. Akhirnya, kita menjadi sedih dan tidak dapat mencapai sesuatu daripada bertindak. Jadi solution nya ialah 80/20 Rules.
Dalam prinsip Pareto Law menjelaskan satu perkara iaitu 20% kerja akan menghasilkan result 80%. Tapi, majoriti daripada kita mereka membuatnya dengan terbalik iaitu 80% kerja dan mendapatkan result 20% je.
3 step untuk anda dapat result yang terbaik :
1) Start Dengan Purpose
Apakah end goal yang kita nak capai?
Bukannya dengan berapa banyak kerja yang kita buat. Sekiranya anda ada berfikir sebegitu, anda akan membuat kerja dengan banyak tapi dapat achieved cuma sedikit.
Contoh, target kita nak capai 1.2 million jadi sebulan kita nak kena capai 100,000 minimum. Jadi, inilah kita punya purpose.
Maksudnya, bukan berbincang apa kerja yang nak buat dulu tapi berbincang lah apa yang kita nak capai dulu.
2) Tetapkan Prioriti / Keutamaan Untuk Capai Target
Jadi tetapkan kerja yang mana perlu dibuat terlebih dahulu, even kerja tu nampak sikit tapi impact sangat besar.
Contoh, anda buat kerja susun barang 80% dengan penat segala bagai tapi hujungnya sale tak ada and sikit. Tapi, jika kita gunakan Pareto law 20% kerja dan result nya sangat besar. Dalam perniagaan, duit kita terletak pada customer.
Ada orang buat sikit, tapi hasilnya dapat banyak.
Jadi, keyword nya pada orang so kita kena pujuk orang supaya mereka bagi duit pada kita.
Macam mana kita nak buat? Kita kena tarik orang tu berminat dengan kita. Kita juga boleh membuat paid review, giveaway, dan sebagainya. So, that’s the idea of how to do a business.
Mudah kan?
3) Anda Kena Ada Action Item
Anda boleh menggunakan S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time).
Specific
- Berapa target yang anda nak kan. Contohnya, RM100,00 sebulan.
Measurable
- Berapa jualan nak kena dapatkan dalam masa seminggu. Berapa target yang anda nak kan dalam masa sebulan, sama ada RM100,00o atau lebih.
Achievable
- Boleh achieve ke apa yang kita nak capai tu? Contoh, dapat RM100 sehari, boleh dapat ke? Boleh jika diusahakan.
Realistic
- Jika kita nak capai sesuatu janganlah kita menongkat langit. Kita ada impian sangat tinggi tapi need to focus on realistic dengan pastikan bisnes tu berkembang dan semakin berkembang sampai ke tempat yang anda nak achieved.
Time
- Kita kena bahagi masa, ada masa sehari, seminggu, sebulan dan 24 jam yang kita nak bagi. Bila anda buat macam tu, maka 3 step yang di atas akan ada 20% kerja dan menghasilkan 80% result akan tercapai.
Baiklah, itu sahaja sesi perkongsian hari ini dengan 3 step untuk dapatkan result dalam kehidupan menggunakan prinsip Pareto Law. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah.
Btw, jika anda nak dapatkan lebih banyak perkongsian tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, boleh join Channel Telegram Fahdi Ghazali DISINI sekarang!