Search
Close this search box.

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, FunnelEvo+, Kuasa.

Kisah Hidup

Fahdi Ghazali, atau nama penuh beliau Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan pengerusi kumpulan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam perniagaan dan pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. 

Bermula hanya dari universiti pada tahun 2008, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% fokusnya adalah untuk memasarkan produk dan servis di online.

Selain itu, beliau juga aktif membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka menggunakan digital marketing melalui seminar bisnes #FunnelEvo yang beliau adakan hampir setiap bulan di Kuala Lumpur. Setakat hari ini, sudah beratus ribu peniaga yang hadir ke seminar FunnelEvo (Secara Online dan offline) dan mendapat hasil darinya.

Misi beliau sekarang adalah untuk membantu lebih ramai lagi peniaga memasarkan produk atau servis di online dengan menggunakan Digital Marketing dan sistem Funnel.

Search
Close this search box.

Perjalanan Karier

2008 - Sehingga Kini

Tuan Fahdi Ghazali memulakan perniagaan ketika masih lagi bergelar mahasiswa di sebuah universiti terkenal di Malaysia iaitu Universiti Teknologi Petronas. Ketika itu, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja bersama beberapa orang sahabat. Dan seperti dijangka, kerana tiada nya ilmu perniagaan & tiada bimbingan daripada mentor bisnes, perniagaan pertama beliau gagal !

Tapi, disebabkan kegagalan itulah mengajar beliau untuk mendalami ilmu bisnes & ceburi bidang ‘Digital Marketing’ pada 2008. Hasilnya, perniagaan beliau mula menunjukkan peningkatan & berjaya memperoleh hasil yang lumayan selepas beliau memasarkan produk digital & beberapa produk fizikal ke US, Canada, UK dan seluruh dunia, hanya melalui internet. Dan sehingga kini, dengan pengalaman beliau selama 12 tahun dalam bidang digital marketing, beliau membuat keputusan untuk fokus membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui digital marketing.

"Misi beliau sekarang adalah untuk membantu lebih ramai lagi peniaga memasarkan produk atau servis di online dengan menggunakan kaedah integrated digital marketing"

Kaedah ‘Integrated Digital Marketing’ adalah kaedah yang bukan hanya memfokuskan pemasaran 1 dimensi sahaja (Dalam kes di Malaysia, hanya fokus kepada pemasaran Facebook), tetapi menggunapakai konsep integrasi ‘harmoni’ antara Facebook, Google, Website dan Database Marketing. Konsep ini adalah konsep marketing online alaf baru yang pasti akan memberi impak yang besar kepada mereka yang  menggunakannya.

Dengan kata lain, misi beliau supaya para peniaga di Malaysia bergerak menggunakan ‘integrated online marketing’ (Menggunakan semua channel pemasaran online) untuk memasarkan produk dan servis mereka.

Jihad Melahirkan 100 Jutawan

Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Sepanjang bergiat aktif dalam industri ini, beliau dan team FunnelEvo banyak mendapat liputan media, tak kira melalui saluran TV, surat khabar, mahupun majalah. Beliau juga telah dianugerahkan beberapa anugerah yang berprestij dalam Malaysia seperti “100 Most Influential Young Entrepreneurs” dan juga “100 SME Awards” bawah kategori “Fast Moving Company Awards”

Kehidupan Peribadi
Fahdi ghazali kini sudah berumah tangga. Beliau adalah suami kepada Dr Diyana dan merupakan bapa kepada tiga orang anak. Kini Fahdi Ghazali dan sekeluarga menetap di Pasir Puteh, Kelantan. Pun begitu, beliau kerap berulang-alik ke HQ utama FunnelEvo di Kota Damansara.

Bisnes Utama Fahdi Ghazali

FunnelEvo

Memberi solusi training dan konsultansi kepada usahawan-usahawan dalam digital marketing melalui integrasi pelbagai platform.

Sistem Kuasa

Sistem CRM mudah dibina untuk usahawan. untuk mengautomasikan proses pembelian, followup dan jaga hubungan pelanggan.

FunnelEvo College

Kolej Funnel Evo menyediakan kursus sepenuh masa iaitu Operasi Pemasaran Digital Tahap 3 (M731-001-3-2021) dan kursus jangka pendek untuk pekerja dari pelbagai industri.

Penglibatan penubuhan kolej ini membuktikan kita fasih dan cekap dengan teknologi yang berkembang pesat di Malaysia.

Free Online Training

Sertai 100,000 usahawan di seluruh Malaysia untuk belajar ilmu digital marketing!

Webinar Kuasa Ejen

Tertanya-tanya bagaimana jenama-jenama besar mengembangkan sayap perniagaan mereka dengan kos yang rendah, dan dalam masa yang sama menghasilkan jualan yang besar dengan kuasa ejen? Jawapannya ada dalam webinar ini. Ketahui rahsia bagaimana anda boleh hasilkan jualan jutaan ringgit hanya dengan pelaksanaan sistem ejen yang tepat dan sistematik dalam bisnes anda.

Seminar Evolusi

Ramai usahawan yang dah berusaha kuat dalam hidup mereka. Mereka belajar macam-macam ilmu marketing, buat macam-macam bisnes, tapi satu pun usaha mereka tak menjadi dan selalu menemui jalan buntu. Dimanakah silapnya? Dalam seminar ini, Tuan Fahdi Ghazali bakal mengubah pandangan anda terhadap rezeki dengan konsep-konsep unik hasil dari pengalaman hidup beliau dan anak didik beliau, yang bakal mengembalikan kepercayaan anda terhadap rezeki Allah SWT yang maha luas.

Webinar Database Reloaded

Dalam webinar berdurasi sejam setengah ini, Tuan Fahdi Ghazali mendedahkan kepada anda rahsia bagaimana anda boleh menghasilkan jualan yang besar, berkali-kali tanpa perlu mengeluarkan kos berulang kali. 

Rahsianya terletak kepada database. Dalam webinar ini juga, Tuan Fahdi Ghazali kongsikan teknik yang betul untuk mengumpul, menyusun, dan menjaga database yang telah digunakan syarikat gergasi bertaraf antarabangsa.

SIstem (Software)

Direka oleh usahawan untuk usahawan yang ingin solusi pantas untuk bisnes mereka!

Kolej Perniagaan & Teknologi Digital Pertama Di Malaysia

"Masa depan adalah milik mereka yang mempelajari lebih banyak kemahiran dan menggabungkannya dengan cara yang kreatif."

Kolej Funnel Evo menyediakan kursus sepenuh masa iaitu Operasi Pemasaran Digital Tahap 3 (M731-001-3-2021) dan kursus jangka pendek untuk pekerja dari pelbagai industri.

Penglibatan penubuhan kolej ini membuktikan kita fasih dan cekap dengan teknologi yang berkembang pesat di Malaysia.​

Sistem CRM Mudah Untuk Bisnes Online

"Platform Customer Relationship Management (CRM) yang menggabungkan proses jualan, pemasaran & pengurusan database pelanggan yang direka khas untuk usahawan"​

Platform ini dicipta untuk memudahkan usahawan belajar buat bisnes online hanya dirumah, belajar strategi terkini Digital Marketing dan belajar tingkatkan sales daripada jualan secara online.

Follow Fahdi Ghazali Di Social Media

Persoalannya, bagaimana usahawan yang bekerja sambil berniaga ni dapat luangkan masa untuk belajar teknik atau strategi marketing untuk naikkan sales mereka? Jangan risau, hanya dengarkan teknik-teknik ini daripada podcast ini sahaja. Sambil anda buat kerja rumah, pandu kereta dan berada dimana-mana sahaja anda boleh dengar. Tak perlukan video pun..

Podcast Popular!

Sertai Komuniti President

Sertai komuniti ekslusif usahawan hebat dan dapatkan personal coaching dengan Tuan Fahdi selama setahun!

Sertai Group Komuniti

“Fahdi Ghazali Telegram Channel”

"FunnelEvo Telegram Channel"

“Kuasa Telegram Channel”

The Strand, 2, Jalan PJU 5/20b, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, FunneleEvo+, Kuasa. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Scroll to Top